“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?’Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” (QS. al-Baqarah: 30)
Ibu, Siapakah Tuhan Kita?
Jawapan Pertama: Dari mana asalnya kita
Jawapan Kedua: Kita tidak mampu memilih rupa bentuk kita
Jawapan Ketiga: Nabi Ibrahim mengajar kaumnya
mengenal Tuhan
Jawapan Keempat: Allah beritahu kita berkenaan dirinya Continue reading ‘Siri Adikku – Siapa yang jadikan pokok ini besar?’
Saat ini, pelajar-pelajar sekolah dan IPT seronok dengan cuti! Jadi, bagaimana masa dihabiskan oleh mereka? Adakah diisi dengan perkara bermanfaat? Atau perkara yang tidak bermatlamat? Moga jadi renungan bersama….
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah
Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Continue reading ‘Cyber Cafe Sang Mer Lati’
Pelukis: eyna_chan
Tazkirah: thoriq ahmad
Muslimin dan Muslimat sekalian, di dalam kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai pilihan yang seringkali membuatkan fikiran kita buntu. Pilihan-pilihan tersebut ada antaranya akan menentukan gaya hidup kita selama 5 atau 10 tahun seterusnya dan semestinya pilihan yang bijak ke arah redho Allah itulah yang kita inginkan.
Seringkali juga kita di berikan pilihan untuk berubah ke arah kebaikan. Tidak kira kesedaran yang bangkit setelah mendengar kuliah, menonton televisyen mahupun ianya datang daripada benak hati kita yang terpukul atas sesuatu perkara. Bergantung dengan kekuatan yang ada pada diri kita untuk memulakan perubahan atau tidak kerana kita sering mengambil kira banyak faktor sekeliling yang mungkin memberikan kesan kepada kita apabila berubah.
Namun yakinlah dengan janji Allah yang senantiasa memberikankebaikan kepada kaum Muslimin atas setiap kebajikan yang ingin kita lakukan di jalanNya. “Mungkin kita sukai sesuatu perkara itu, namun ia sebenarnya adalah keburukan untuk kita dan mungkin kita benci akan sesuaut itu, tetapi itulah yang terbaik untuk kita. Sedangkan Allah maha mengetahui tetapi kita tidak” Al-Baqarah 2:216
Justru, ayuh sikap yang lebih utama untuk kita tanamkan apabila datang pilihan untuk kita berubah ke arah kebaikan adalah ‘berfikiran positif’ yang kebaikan ini ke arah kecemerlangan ! Bagaikan kita menyahut seruan azan yang berkumandang, “Haiyya ‘alal FALAH !” Ayuh ke arah kejayaan kerana kejayaan yang hakiki adalah membebaskan diri daripada penghambaan kepada dunia dan menuju kelasan rahmat dan kasih sayang Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Ketika diturunkan ayat ini:
Dan berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat,
yaitu kaum kerabatmu yang benar-benar ikhlas. Rasulullah saw. keluar dan naik ke bukit Shafa, lalu berteriak: Hati-hatilah! Orang-orang saling bertanya: Siapa yang berteriak? Di antara mereka berkata: Muhammad! Mereka pun berkumpul mengerumuni beliau. Beliau bersabda: Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani Abdi Manaf! Wahai Bani Abdul Muthalib! Mereka mengerumuni beliau. Lalu beliau bersabda: Apa pendapat kalian seandainya aku beritahu kalian bahwa pasukan berkuda akan keluar di kaki gunung ini. Apakah kalian mempercayaiku? Orang-orang menjawab: Kami telah buktikan engkau tidak pernah berbohong. Rasulullah saw. bersabda: Aku peringatkan kalian akan siksa yang sangat pedih. Mendengar itu Abu Lahab berkata: Celaka engkau! Hanya untuk inikah engkau mengumpulkan kami? Kemudian ia pergi. Lalu turunlah surat ini, Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan ia benar-benar binasa (HR MUSLIM) Continue reading ‘Berilah Peringatan’
Pelukis: Niezar
Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.
Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah. Continue reading ‘Couple Islamik’
Pelukis: Ainul Wafi
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan menggunakan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan periharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (QS An Nisa: 1). Continue reading ‘Sahabat Yang Soleh’
Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da’wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da’wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya. Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Continue reading ‘Isteri Solehah – Penyejuk Mata’




; ?>/images/sidebar_subscibe.jpg)
Komen Pembaca