Couple Islamik

Couple Islamik

Couple Islamik

Pelukis: Niezar

Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.

Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.

Namun, adakah amalan berkapel ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini?  Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…

Dalam komik saya ini, diselitkan sindiran mengenai tindakan pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka berkapel kononnya cara Islamic, tetai mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebgai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam”
Surah Al-Ankabut : 38

Kapel adalah sebahagian drp zina…
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”
Surah Al-Isra’ : 32

Kenapa kapel dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.

Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan kapel ni, kita tetap tdk dapat elakkan daripada zina hati.

Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN kapel sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup. Sekian. . .

Originally write by :
~Nieyzar~

Rujukan :
Al-Quran
-Surah Al-Ankabut : 38
-Surah Al-Isra’ : 32

19 Responses to “Couple Islamik”


  • salam.
    ana mohon copy ye.
    syukran.

  • Salamun alaika ya akhi..

    Alhamdulillah..saya sokong pendapat akhi nizar dalam membicarakan hal ini..anda juga telah membuktikan juga dengan firman Allah yang tidak boleh disanggah Lagi..

    Sekadar penambahbaikan..cinta itu adalah naluri dan fitrah kejadian manusia..hanya terpulang kepada manusia untuk menyalurkannya ke jalan yang diredhai..yakni perkahwinan..Dan bukan bermacam2 jenis zina yang dinyatakan oleh saudara nizar tadi..

    Saya akhiri dengan sebuah hadis yang mafhumnya berbunyi ;
    Tidak ada yang lebih membahagiakan buat dua orang yang bercinta melainkan dengan berkahwin”

    Correct me if i M wrong..

    Salam..

  • salaam..
    mabruk sbb dscuss tntg tjuk yg dr dulu smpi skrg…takde pnyelesaian..
    sy sndiri akui,mmg susah utk mghndari prsn sme ni. sb..Allah brikan kte hati dn prsn. beruntunglh pd sape2 yg dpt mjge hati..nt blehlh sdra bg tips utk jge hti drp prsn cmni ye :)

  • slm..ana pun nk mintak copy ek..nk wat utk simpanan & utk rkn2..syukran

  • terima kasih atas peringatan

  • salam…bagi pendapat saya cukup sekadar suka dan minat jangan sampai betul-betul “approach that’s people”

  • salam
    ana minta copy ye untuk simpanan dan sahabat2 lain.syukran

  • salam…
    saya pun nak mintak copy boleh?
    tq..

  • assalamualaikum..saye pertama kali bukak laman web ni..kawan yg beritahu..dan ini artikel pertama yg saye bace..menarik dan detail..saye mohon u copy u dikongsi bersama rakan2 yg lain..syukran jazilan..

  • salam..
    ana pon nak mintak copy gak..
    boleh yer.. :)

  • Salam..nie 1st time kt laman nai..alhamdulillah..suggestion dari kawan yg cintakan agama..sy memy stuju sgt3..(dah memg bnde btol pn..hehe_)..rmai lg remaja d luar yg masih xtau or wat2 xtau..kwan2 p0m rmai gk cam2..bley la sy tnj0k kt diorg..jazakallah..syukran

  • Salam buat semua rakan…
    Terima kasih sbb meminati komik saya.
    Anda semua ‘copy’la , saya benarkan kerana benda yg mmbawa
    kebaikan ini mmg patut disebarkan..

    ^^,

  • salam..sy pn nak minta copy..tq

  • alhamdullillah spanjang diri sya yang bergelar remaja moden, saya selalu mengelakkan dirikan diri saya drpd bergaul dgn berlainan jantina, ini kerana perasaan cinta atau suka akan mendorong saya untuk lebih ke arah itu.
    selain itu, doa dan twakkal juga penting dan seiring agar dilindungi oleh Allah drpd musibah dan fitnah.
    wallahualam

  • salam..
    cinta sebelum alam pernikahan..
    bak kte org lanih couple..
    bg pndapat sy..
    bg seseorng yg kte dia couple ala2 islamic ni sbnar’y mreka xthu bhwa ALLAH sedg menguji mereka.. sekiranya mreka sedar mereka akan fhm bhwa ALLAH nak bgtau ape kelemahan dan kekurangan dalam dri mreka shinggakan mreka blh terjebak dlm couple nie.. may ALLAH bless us..

    wallahualam..

  • Remaja masa kini lebih menurut hawa nafsu berbanding dgn akal yg diberikan oleh Allah. Kita sbg tunjang negara pd masa hadapan adlh sgt diharapkan utk mmberi yg terbaik buat negara. sekiranya negara dipenuhi dgn maksiat, apa akn terjadi? sudah tentu negara kita tdk diberkati olh allah. Allah lebih menyayangi orng muda yg bnyk beribadat dan bertaqwa berbanding orng tua yg bnyk beridat dan bertaqwa. ini mmbuktikan bahawa muda mudi sgt penting dlm mmbawa islam ke arah kemaslahatan dan kemasyuharan dgn mnggunakan akal fikiran, dan bukannya menggunakan hawa nafsu demi menyebar serta mengagungkan budaya hedonisme…

  • salam ziarah….
    nie first tym la ni tengok komik islam kat cnie…
    hmmm…saya tertarik ngan tajuk komik nie..tak dinafikan lagi memang da jadi trend da couple2 ne..walaupun hakikatnya diharamkan disisi agama islam….moga Allah memelihara kita dari perbuatan ini…amin..
    semoga diperbanyakkan lagi komik yang memberi kesedaran dan peringatan kepada kita sendiri.

  • Nur, terima kasih kerana menyokong komik sy. Mengenai remaja kini yg hangat berkapel, mereka masih belum menyedari hakikat keburukan yg bakal mereka hadapi di akhirat sana nnt. hanya diketahui oleh mereka, cuma keseronokan yg ingin dikecapi. Jika hendak merujuk pd hadis2 nabi, memanglah berkapel ini sebahagian drpd zina dan tdk ptt dilakukan. tetapi, satu pemeluk manakan mampu untuk menghalang segunung keburukan. Jika seorang shj yg ingin menghalang tanpa bantuan ramai, perkara ini sukar untuk dihentikan. So, sama2lah kita menghindarinya dgn cara bermuhasabah dan merenung sama ada diri ini sudah cukup baik ataupun tdk. . .

  • salam ukhuwah,,
    ilmu yg sgt bermanfaat bwt sy sbg remaja yg sedang mengenal diri ini…,,
    alhamdulilah

Leave a Reply